Pages

Wednesday 1 August 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

POINTER?

Secara rasminya pada 1 OGOS 2012, suma mahasiswa/mahasiswi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) boleh check exam result melalui sama ada laman web utama UKM ataupun secara alternatifnya khidmat pesanan ringkas SMS! 



Ucapan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, yang ada peningkatan daripada semester yang lepas dan yang maintain cemerlang. Sesungguhnya, usaha keras ktkorng sik sia-sia bahkan berbunga menjadi result yang cantek, manis serta sedap mata memandang.

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, janganlah berputus asa. Sesungguhnya kejayaan itu untuk orang-orang yang sik mudah berputus asa dan pantang menyerah. Walaupun, kegagalan adalah rimbunan duri yang tajam, tapi kecekalan dan tekad untuk sik menyerah kalah boleh mengubah semuanya menjadi setaman bunga kejayaan.

Yang penting "AGI IDUP, AGI NGELABAN"
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

RAMADHAN,

        -Awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api   neraka!-




Tiada Hari Seindah JUMAAT,
        Tiada Kata Seindah ZIKIR,
Tiada Ibadah Seindah SOLAT,
        Tiada Bulan Seindah RAMADHAN.


Selamat menyambut Ramadhan 1443H kepada seluruh umat Islam di dunia, mudah-mudahan tahun tok Ramadhan yang paling diberkati dan dirahmati....InsyaALLAH!

#POSA, JANGAN SIK POSA....=)

JAMUAN BBQ BERSAMA MANTAN EXCO PEMASRA

Pada 9 Jun 2012 yang lepas bersamaan dengan ari Jumaat, telah diadakan jamuan BBQ ringan bersama mantan EXCO PEMASRA dan exco yang baru. Jamuan bermula selepas abis solat Jumaat dan bertempat berdekatan Auditorium Mahasiswa di Pusanika.Tujuan BBQ diadakan adalah pakey merapatkan silaturrahim exco yang lamak dan yang baru dan tanda penghargaan kepada suma mantan exco yang dah berjasa menjadi tulang belakang Persatuan Mahasiswa/i Anak Sarawak sebelom tok.

Semoga semangat dan nilai-nilai murni yang ada pada mantan EXCO yang terdahulu dapat diteruskan oleh Exco PEMASRA yang baru tertubuh tok.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"

Diharapkan istilah tok bukan hanya nyaman ditutur melalui lisan jak bahkan perlu ada tindakan juak.

Hidop Anak Sarawak!